Persediaan Interview SPP
Assalamualaikum dan hai semua!
Permulaan post ini dimulakan dengan throwback semula pengalaman pertama menjalani interview SPP untuk layak dipostingkan ke mana-mana sekolah sebagai seorang cikgu. Bila sembang mengenai IV pasti ramai yang nervous, cuak, gementar dan macam-macam lagi. Tambahan lagi, saingan pada masa kini amat sengit dengan lambakan graduan yang mempunyai degree dalam pendidikan. Apabila dipanggil untuk IV SPP sahaja dah cukup menggembirakan kerana ramai lagi yang masih menunggu peluang ini. Jadi perkara pertama yang perlu dibuat apabila mendapat panggilan IV adalah melihat terus tempat yang harus dituju. PUTRAJAYA! ya pada masa itu, semua IV SPP di semenanjung dijalankan di Putrajaya.
Perkara kedua yang sangat penting adalah sediakan fail untuk isi segala dokumen yang perlu.
Susunan dokumen di dalam fail adalah seperi berikut :
Dan jangan lupa kemaskini buku persediaan mengajar masa praktikal. Pastikan semuanya lengkap. Sangat penting! Janganlah hodoh sangat bukunya. Cantikkan! Kemaskan! walaupun buku tuh dah lama simpan. Jangan ingat interviewer tuh tak check.
Okay selesai fail dan buku, kita fokus pada pakaian pula. Untuk perempuan baju kurung sudah memadai dan bagi lelaki kemeja dan seluar slek. Kasut hitam bertutup dan bertumit bagi perempuan. Blazer perlu atau tidak? Jawapan dia terpulang tapi kebiasaanya ramai yang akan pakai. So bagi nak mengelakkan korang semua rasa ganjil, better pakai. Ciri-ciri blazer adalah seperti berikut :
Untuk pakaian tidak perlu meriah sangat. Just simple and nice :). Make up perlu ke tidak? boleh tetapi jangan keterlaluan. Amalkan kesederhanaan dalam setiap aspek. Janganlah tak make up langsung, karang dalah nervous nampak sangat muka pucat tak confident kau tu. Okay settle pakaian, kita beralih pula pada nametag. Ukuran nametag yang sesuai adalah seperti berikut :
![]() |
7.5 cm X 2.5 cm |
Rasanya itu sahaja yang boleh dikongsi buat masa ni sebab ada banyak benda yang lupa. kalau ingat akan diupdate kemudian. Semoga berjaya kepada semua calon yang akan menghadapi IV nanti. Semoga kita menjadi pendidik yang dapat membentuk anak bangsa menjadi insan yang berguna.
p/s : Setiap dokumen asli perlu dibuat salinan dan dimasukkan dalam sampul untuk diberi kepada pihak spp nanti.
Comments
Post a Comment