CONTOH SKRIP PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KV 2018
CONTOH SKRIP PENGACARA MAJLIS
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KV
2018
AGENDA
|
TEKS
|
CATATAN
|
KATA ALUAN
|
Indah berbalam si awan
petang,
Berarak di celah pohon
cemara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka
bicara.
Bismillah Hirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbilalamin
Rabbissrahlisadriwayassirliamri
wahlull uq dattan millisani
Yaf khahul kaulih
Yang dihormati,
Pengarah KV Tun Hussien
Onn,
_________________________
Timb. Pengarah Akademik
_________________________
Timb. Pengarah Sokongan Akademik
_________________________
Ketua Jaminan Kualiti
_________________________
Serta pensyarah
dan staf KV Tun Hussien Onn yang dikasihi sekalian.
|
|
UCAPAN MC
|
Assalamualaikum w.b.t
dan selamat sejahtera.
Bersongkok bersampin
segak berseri,
Berbaju kurung anggun
jelita,
Majlis ramah mesra
aidilfitri
Bersamalah kita
meraikannya
Kuih bahulu tradisi
kita,
Ketupat rendang pembuka
selera,
Tangan dihulur maaf
dipinta,
Agar ukhwah terjalin
mesra.
Alhamdulilah, syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa.
Syukur juga kerana kita
dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi meraikan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat kolej bagi tahun 2018.
|
|
BACAAN SELAWAT DAN DOA
|
Hadarin dan hadirat,
Bagi menambahkan
keberkatan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama selawat dan
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Md Esa bin Man.
Dengan segala hormatnya
ipersilakan.
-----------------SELAWAT
DAN DOA----------------------
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih kepada Ust Md Esa bin Man di atas pimpinan selawat dan doa
sebentar tadi.
|
|
UCAPAN ALUAN OLEH
PENGARAH
|
Hadirin dan hadirat,
Ketupat dihidang enak
rasanya,
Rendang menjadi pilihan
kita,
Bingkisan kata bingkisan
raya,
Tuan pengarah bermadah
kata
Dengan itu, majlis
dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha ______________, pengarah KV Tun Hussien Onn untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormantnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ________________ di
atas ucapan sebentar tadi.
|
|
JAMUAN
|
Ketupat lemang biskut
kuih raya,
Rendang daging jangan
dilupa,
Ayam merah juga sudah
tersedia,
Tunggu apa lagi jom kita
jamu selera.
Tanpa membuang masa
mejlis mempersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati
juadah yang telah sedia dihidangkan.
|
|
PENUTUP
|
Majlis kita telah sampai
ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung
ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat dilangsungkan
dengan meriahnya. Segala salah dan silap sepanjang majlis ini harap dimaafi.
Sekian daripada saya,
Selamat Hari Raya Maaf
Zahir dan Batin.
|
Comments
Post a Comment